Ketahui 8 Rahsia Dexandra Perfume Jadi Pilihan Ramai

Anda pengguna perfumes? Jika ya, anda mempunyai satu lagi pilihan tambahan yang mampu dimiliki oleh kesemua rakyat Malaysia iaitu Dexandra.

Kelahiran De’xandra telah menggegarkan industri perfumes di negara ini kerana dalam masa yang singkat ia telah menjadi salah satu jenama pilihan oleh rakyat tempatan. Sekiranya anda bukan peminat perfumes, anda harus baca laman ini dengan teliti bagaimana dexandra dapat membantu mengharumi anda setiap masa.

Kepada peminat perfumes atau minyak wangi, anda mungkin sudah tahu kewujudan De xandra. Ia adalah perfume yang paling hangat diperkatakan kebelakangan ini. Apakah sebabnya? Mari kita tinjau kelebihan perfume De’xandra berbanding dengan wangian antarabangsa yang lain.

 

Apa yang Membezakan Wangian Dexandra dengan Perfume Lain?

Di bawah ini merupakan kelebihan de’xandra yang kamu akan temui jika dibandingkan dengan perfume-perfume antarabangsa atau jenama yang lain.

  • Tahan Lebih Lama dengan Harga yang Berpatutandexandra

Dexandra adalah wangian EDP (halal) yang boleh tahan 8 jam selepas spray dan wangiannya setanding dengan original perfumes. Harganya yang tidak terlalu mahal menjadikan ia mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Malah banyak pengguna mengatakan wangian ini setanding dengan produk-produk jenama terkenal antarabangsa yang lain seperti Calvin Klein, Dolce & Gabbana, Giorgio Armani, dsb.

  • Ringan dan Senang Dibawa (termasuk SOLAT dan masuk kapal terbang)

35 ml sebotol adalah isi kandungannya. Pengguna dapat membawanya ke mana saja yang diingini dan menggunakannya apabila diperlukan (termasuk ketika melancong). Selain itu, pihak Jakim telah mengesahkan alkohol boleh dibawa solat dan alkohol dexandra ialah dari ekstrak tumbuhan iaitu tebu dan ianya boleh dibawa bersolat dan semasa penerbangan (hand carry luggage).

  • Menepati Citarasa & Permintaan Rakyat Malaysia

Bayangkan minyak wangi De’xandra menjana hasil sebanyak RM4.5 juta pada bulan Oktober 2015 sahaja dan angka ini terus meningkat setiap bulan. Ini membuktikan bahawa ia adalah perfumes yang dapat diterima oleh semua lapisan umur & kaum dan produk haruman yang sangat laris dijual di negara ini.

  • Khidmat Pelanggan yang Baik

Kami dan syarikat HQ kami sentiasa bersedia membantu anda sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah atau kurang faham dengan produk kami. Sistem kerja syarikat yang efektif, memberi jaminan 100% kepuasan kepada anda.

Anda boleh menghubungi kami (whatsapp/wechat/SMS/call) di talian +6011-1056 1383 atau emel: Kami juga akan mengkongsi pengalaman di laman web dan facebook fan pages.

  • Penghantaran yang Cepat dan Efisien

Penghantaran produk adalah cepat ke seluruh Malaysia (termasuk Sarawak dan Sabah) menggunakan servis Poslaju setelah menerima tempahan secara online atau offline. Biasanya bungkusan akan sampai ke tangan anda dalam masa dua hari bekerja.

  • Award Winning Product (Kualiti terjamin)

Bayangkan pada tahun lepas (2015), DeXandra telah dinobatkan sebagai  THE BEST INDUSTRY CLASS SECTOR IN FRAGRANCE & LUXURIOUS PERFUMES.

Bukan senang untuk mendapatkan anugerah ini. Jadi, sememangnya ia adalah perfume yang berkualiti dan boleh diterima oleh masyarakat sejakat.

  • Banyak Testimoni yang Positif

Kami menerima banyak dan macam-macam testimoni yang mengatakan kehebatan minyak wangi ini. Untuk mengetahui lebih lanjut atau baca testimoni tersebut, klik di sini.

  • 100% Secure & Safe Payment

Sekiranya anda berminat mencuba perfume De’xandra, kami amat yakin produk ini tidak akan mengecewakan anda dan anda boleh mendapatkannya secara online atau offline [rujuk cara-cara membuat pembayaran]

.

Cara offline boleh dibuat melalui mesin ATM di bank-bank tempatan. Untuk penempahan online, laman web ini selamat digunakan dan telah dilengkapi dengan perisian untuk mengelakkan hackers.

AWAS! Produk Tiruan!

Terdapat beberapa perfumes mirip De’xandra yang anda mungkin temui di pasaran dengan harga yang lebih murah, sebab itu kami berharap anda akan berhati-hati dan buat tempahan dari laman web kami untuk menjamin produk 100% original.

Klik di Sini Untuk Menempah De’Xandra Perfume Secara Online!

 

7 Tips Memilih dan Menggunakan Minyak Wangi Yang Anda Mesti Tahu!

Berikut adalah tip-tip yang anda harus tahu sebelum memilih dan menggunakan perfume dexandra atau apa-apa jenama wangian yang lain.

#1. Terdapat 4 tahap kategori wangian di pasaran

  • Perfume mempunyai kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, dan ia tahan paling lama juka dipakai. Harga pun lebih mahal jika dibandingkan dengan wangian yang lain.
  • EDP (Eau De Parfum) mengandungi 8-15% cairan original perfume. Ia merupakan wangian yang paling popular kerana harga yang lebih murah dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. Jadi, digalakkan untuk kita memilih EDP dan Dexandra adalah contoh pilihan yang terbaik.
  • EDT (Eau De Toillete) mempunyai campuran perfume di antara 4-8% dan ia boleh bertahan dari 2-5 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Baunya juga tidakkah sehebat perfume atau EDP.
  • EDC (Eau De Cologne) mengandungi pati perfume yang paling kurang iaitu sekitar 3-5% sahaja. Jadi ia juga lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

 

#2. Bagaimana memilih perfume yang sesuai?tips memilih perfume

Test! Cuba cium baunya. Tapi anda tidak digalakkan untuk mencium lebih dari 3 bau perfume pada satu-satu masa. Setelah mencium 3 bau, minta dapatkan bau kopi supaya ia neutralize semula sense bau kita.

Selepas itu, anda boleh cuba dengan test unit dan sembur pada bahagian nadi. Harus diingatkan bahawa perfume bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan kita.

 

#3. Ketahui bahan dan aroma minyak wangi

Kita pasti akan memilih minyak wangi yang beraroma segar. Biasanya, ramuan wangian mempunyai banyak pilihan seperti ekstrak dari bunga-bungaan, buah-buahan, sayur-sayuran, leather, tobako, dsb. Setiap wangian juga mempunyai pengkelasan yang berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita.

Biasanya, aroma bagi haruman wanita adalah lebih lembut dan aroma lelaki adalah lebih kuat. Jadi, tidak menjadi masalah untuk lelaki memakai perfume aroma wanita TETAPI kaum perempuan tidak digalakkan untuk memakai perfume aroma lelaki.

 

#4. Cara mengekalkan bau lebih lama pada badan. spray perfume

Anda digalakkan spray perfume di kawasan denyutan nadi i.e. pergelangan tangan, tepi leher, dada, pergelangan kaki, lipatan siku, dan di belakang lutut. Ini mengalakkan bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita.

Jika ingin lebih lama, sebelum spray pada badan, sapukan sikit bedak (moisturizer) atau ‘petroleum jelly’ pada kulit dimana anda ingin sembur perfume supaya baunya tahan lebih lama. Juga, dilarang menggosokkan perfume yang telah disembur pada badan kerana ia akan merosakkan partikel dalam perfume dan baunya akan berubah. Setelah disembur, biarkan selama 10 minit supaya baunya tahan lebih lama.

 

#5. Kenapa sembur minyak wangi pada pakaian tidak digalakkan?

Bukan tak boleh tapi kurang digalakkan sembur pada fabrik pakaian. Sebab ia boleh merosakkan fabrik atau menghakis warna fabrik dan nanti takut ada tompokan di baju terutamanya baju berwarna putih.

Kadang-kadang ia boleh menimbulkan bau tengik juga sebab bau perfume sudah bercampur dengan peluh lama pada baju anda. Jadi, sekiranya perlu anda dinasihatkan spray sikit sahaja pada baju. Jangan sembur wangian berlebihan kerana ia akan meninggalkan impak negatif pada orang lain.

 

#6. Apakah cara terbaik menjaga/menyimpan perfume?

Simpan perfume pada suhu bilik. Dilarang sama sekali meletakkan perfume di suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk seperti didedahkan dibawah sinaran matahari, di dalam kereta yang panas atau di dalam peti sejuk. Sebab ini akan mengubah bau dan partikel perfume serta mengurangkan kuantiti perfume.

 

#7. Di mana anda boleh dapat minyak wangi yang berkualiti dengan harga yang berpatutan?

Anda sudah tahu perfume original memang mahal. Jadi, EDP merupakan pilihan rakyat di negara ini kerana harganya yang lebih murah. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan De’xandra.

Anda digalakkan membuat tinjauan secara online dan cuba lihatlah harga wangian EDP jenama lain. Sebelum membelinya, bandingkanlah dengan harga perfume dexandra…lebih-lebih lagi dexandra mempunyai cirri-ciri keunikan yang tersendiri seperti yang dinyatakan di atas.

 

Kesimpulan: Dexandra Adalah Pilihan Bijak Untuk Ramai Pengguna Minyak Wangi

Saya berharap tip-tip di atas dapat membantu anda memiliki wangian yang betul-betul anda sukai. Sekiranya anda masih ragu, boleh mula mencuba dexandra dengan test unit. Ingat, bau yang sesuai untuk setiap individual mungkin berbeza.

Sekiranya anda merupakan peminat perfume yang tegar, cubalah minyak wangi dexandra ini dan saya yakin ianya tidak akan menyecewakan anda. Klik di sini.

Anda juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman anda menggunakan perfume dan jenama apa yang paling anda gemari? Comment di bawah.